Tuesday, 26 April 2016

TREND perkahwinan Sejenis??



KUALA LUMPUR 16 Dis. – Seorang pemuda Melayu yang juga merupakan pelajar tajaan Petronas mencetuskan kontroversi apabila beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.
Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, pemuda berusia lingkungan 20-an itu memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.
Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.




                               Lebih mengejutkan,pelajar tersebut yang benama Ariff Alfian Rosli berusia lingkungan 20-an itu juga adalah tokoh pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 2001. Menurut maklumat yang disiarkan di beberapa blog hari ini, pemuda tersebut didakwa mendapat tajaan daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

                              Dia dihantar ke UK untuk membuat A Level sebelum mengikuti pengajian praklinikal di Universiti College Dublin (UCD) pada 2003.Bagaimanapun, dia dilaporkan gagal menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan. Akhbar pada Ahad melaporkan pemuda tersebut yang dilaporkan hilang oleh keluarganya disahkan berada dalam keadaan selamat oleh Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam.
menurut Ramli yang dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, pihak kedutaan maklum tentang kehadiran pemuda itu di negara tersebut sejak dia masih dalam pengajian di UCD lagi.

                                Bagaimanapun, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.







Apabila dunia semakin maju dengan pelbagai macam teknologi nampaknya moral manusia semakin merudum jatuh ke bawah. Jangan kata soal keruntuhan moral, akhlak dan seks bebas di kalangan lelaki dan perempuan malah seks songsang semakin berleluasa. Walaupun isu Ariff Alfian Rosli dah lama diberitakan di dada-dada akhbar, isu paderi Ou Yan Weng Feng yang berkahwin sejenis di Amerika dan mahu menjalankan resepsi di Malaysia sudah lama basi di laman web, blog dan lain-lain media, namun aku merasa begitu terpanggil untuk menulis hal ini. Hal perkahwinan sejenis. Hal Gay. Hal LGBT.

Gay? Apabenda gay tu?

Kecik-kecik dulu, bila bebudak sekolah aku yang sama gender (baca; jantina) berpegang tangan beriringan ke toilet atau ke kantin kami semua dok pakat panggil gay! Padahal dalam kepala otak budak yang baru darjah 5 masa tu tak tau apabenda pun gay tu dan gay bukan setakat itu (baca; berpegang tangan) ia lebih dari itu. Kadang-kadang kecanggihan teknologi tidak mengiringi moral manusia di mana apabila manusia semakin maju, berdaya saing, materialistik, hidup tidak bercampur orang, individualistik dan lain-lain “tik” ianya bakal menjadikan manusia bertindak menggunakan akal fikiran logik sahaja tanpa berpandukan lain-lain medium (baca; agama, budaya dan adat) dan aku jamin medium-medium ini menentang seks songsang dan hubungan sejenis 500%!


Isu seks songsang yang begitu jarang didengar pada tahun-tahun 70an-90an kini semakin popular apabila ada sahaja “Front” atau penggerak yang menunjangi perjuangan seks songsang ini dan mempopularkan perkahwinan sejenis pula! Secara dasarnya perkahwianan sejenis ini boleh diertikatakan sebagai perkahwinan dengan pasangan yang mempunyai biologi seks atau sosial gender yang sama. Jadi, apa rasionalnya berkahwin sejenis antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan?\




Perkahwinan seks sejenis yang dipopularkan pada tahun 2001 (baca; zaman 2000 ke atas adalah zaman millenium, di mana zaman ini kecanggihan teknologi semakin mantap apabila inovasi dan lain-lain pembangunan giat dijalankan…malahan pada zaman ini banyak kajian nanoteknologi dan bioteknologi mula diperkenalkan) di beberapa negara sebagai contohnya Argentina, Belgium, Kanada, Iceland, Netherland, Norway, Portugal, Spain, Afrika Selatan dan Sweeden. Beberapa negeri di Amerika dan Mexico City turut mengiktiraf perkahwinan sejenis tetapi peruntukan undang-undang ini hanya tertakluk di negeri masing-masing sahaja tidak secara total negara tersebut. Ada juga negara yang tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis di negaranya akan tetapi mengiktiraf perkahwinan tersebut jika ianya dilakukan di tempat/negara lain sebagai contohnya Israel, Negara Kepulauan Carribean, beberapa negeri di Amerika dan kesemua negeri di Mexico. Australia pula hanya mengiktiraf perkahwinan sejenis ini hanya apabila salah satu pasangan yang berkahwin menukar jantina.



Malaysia tidak terkecuali dengan hal ini dan sudahpun ada golongan LGBT (baca; Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender) yang berani bersuara untuk menegakkan “hak” mereka. Juga aku agak terkejut apabila Presiden Majlis Aids Malaysia, Tan Sri Muhamad Zaman Khan menyatakan bahawa ramai golongan muda lelaki melayu terjebak dengan seks songsang beberapa hari yang lalu! Kes-kes sebegini semamangnya menggusarkan rakyat Malaysia yang masih lagi berpegang utuh dengan agama dan adat resam ketimuran yang kuat. Juga jika dahulu pengamal seks songsang ini akan melakukan aktiviti mereka secara sorok-sorok, kini tidak lagi dan ada daripada mreka tidak segan silu mahu menunjukkan pasangan gay mereka kepada umum! Malah kelab-kelab gay di alam maya semakin banyak tumbuh dan berkembang biak manakala kelab-kelab gay yang sebenar semakin berlambak di luar sana! Kes berat ini umpama barah/kanser di peringkat awal dan jika ianya tidak dibendung barah tersebut akan semakin melarat dan boleh mengakibatkan nasib yang buruk di kemudian hari! Sudah lupakah dengan kisah kaum Lut satu ketika dahulu, bagaimana pula dengan kisah runtuhnya kota Pompei di Rom? Sudah alpakah kita semua?

Dari pengamatan aku, LGBT di Malaysia sedang berada di dalam gelombang kebangkitan. Dengan pelbagai hujah seperti kerana kasih sayang, keadilan, toleransi, hak asasi manusia yang ditafsir secara melencong, golongan ini boleh mempengaruhi ramai di kalangan umat Islam yang boleh bersimpati, bahkan terjebak ke dalam gejala negatif ini serta bangga dengan perlakuan mereka. Manakan tidak, dengan promosi Seksualiti Merdeka sedikit masa dahulu, resepsi perkahwinan sejenis seorang paderi di tanah air setelah melangsungkan perkahwinan di New York, Amerika serta yang terbaru Ariff Alfian yang berkahwin sejenis dengan seorang lelaki di Dublin, Ireland. Ini semua menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia sedang diancam dengan sejenis penyakit yang wabaknya amat sukar dibendung!

Monday, 11 April 2016

AGENDA JAHILIAH (Kita Perang Kita Menang) BUNKFACE




Terdapat berbualan antara seorang pemuda dengan seorang kanak-kanak.

Pemuda : Kenapa kamu duduk di sini?

Kanak-Kanak : Bashar Al-Asaad membunuh kami. Dia merompak kita, Apakah yang kita lakukan kepadanya? Kita duduk di sini. Apakah yang kita lakukan kepadanya? Kita mengisi air di sini, Apakah yang kita lakukan kepadanya? Kita tidak berbuat apa-apa untuk dipersalahkan. Apakah yang kita lakukan kepadanya? Kita minum di sini

Pemuda : Kenapa kamu menangis?
Kanak-kanak : Kerana dia merompak kita. Dia memusnahkan rumah kami. Kita tidak mempunyai apa-apa. Saya bersumpah kepada Tuhan.

Pemuda : Dia memusnahkan rumah kamu?
Kanak-kanak : Kita tidak mempunyai apa-apa. Kami di sini untuk minum air. Kami menunggu dua orang untuk tinggal bersama mereka. Kita berjaga pada waktu malam dengan mereka. Saya  bersumpah kepada Tuhan, dia tidak memberikan kami tinggal walaupun satu minit di rumah kami. dia Bashar Al-Assad. Allah Maha Besar dan Allah Maha Besar.

Lirik Lagu Agenda Jahiliah/Kita Perang Kita Menang - Bunkface

Seorang pemuda miskin hilang,
Tiada Pencarian,
Seorang anak muda kaya hilang,
Beribu pencarian,

Dulu kau berani,
Tapi kini tidak lagi,
Ku akan pergi,

Suaraku yang kau akan dengar,
Yang engkau akan dengar,
Terima balasanmu,

Suara ku yang akan kau dengar,
Yang engkau akan dengar,
Ini pesanan terakhirku,

Mereka dipilih atas nama,
Yang hanya berkuasa,
Dunia hitam menjadi rebutan,
Agenda Jahiliah,

Dulu kau berani,
Tapi kini tidak lagi,
Ku akan pergi,

Suaraku yang kau akan dengar,
Yang engkau akan dengar,
Terima balasanmu,

Suara ku yang akan kau dengar,
Yang engkau akan dengar,
Ini pesanan terakhirku,

Semakin ku tentang,
Semakin ku rasakan,
Kemahuan mu dalam diam,

Mereka cuma mahukan dunia,
Kuasa memberi segala-segalanya,
Bagi mereka,
Dunia pemberi makna,

Kini semua hilang berubah,
Apa yang tinggal hanya sengsara,
Mereka tak akan menggalah,
Namun aku tak akan mendiam,
Kita akan bangkit semula,
Menentang di masa hadapan,

Kita perang,
Kita perang,
Kita perang,
Dan kita menang,
Kita perang,
Kita perang,
Kita perang,
Dan kita menang,
Kita perang,
Dan kita menang,

Intipati lagu.

Lagu ini berkisarkan tentang diskriminasi yang terjadi di antara orang miskin dan orang kaya. Dimana jika malang yang menimpa orang miskin tidak diendahkan manakala malang yang menimpa golongan yang mempunyai nama dan pangkat segeran dibantu. Jika dilihat dalam perbualan pada permulaan lagu, kanak-kanak tersebut mahu mengisi air untuk minum namun dia tidak diberikan kebenaran.
Persoalan yang ditimbulkan oleh kanak-kanak iaitu “Apakah yang kita lakukan kepadanya?: diulang sebanyak empat kali menyebabkan timbul rasa pertanyaan apakah sebenarnya kesalah yang telah dilakukan oleh kanak-kanak tersebut.

Kezaliman dengan pencerobohan dan kemusnahan rumah-rumah penduduk di situ menyebabkan mereka tiada apa-apa untuk diberikan. Kanak-kanak tersebut juga tidak dibenarkan tidur pada malam hari dan terpaksa berjaga dengan menghalang mereka untuk tinggal dirumah mereka sendiri. Melalui lirik lagu yang dinyanyikan oleh Bunkface dilihat dunia menjadi rebutan oleh manusia yang mempunyai kuasa sedangkan orang yang tidak mempunyai autoriti cuma mahu menjadikan tempat persinggahan perlindungan.

Namun, mereka yang tidak mempunyai kuasa ini bangkit menentang kezaliman melalui suara yang dilaungkan dan didengari oleh masyarakat dunia yang lain tentang kezaliman yang dirasai. Mereka tidak akan mengalah, berdiam diri dan akan bangkit menentang kezaliman pada masa hadapan melalui perang sehingga mendapatkan kemenangan.

Kezaliman ini telah mencabuli hak asasi manusia yang menuntu hak yang sama sesama manusia. Setiap individu masih mempunyai hak yang sama walaupun terdapat perbezaan dari segi kuasa, pangkat dan harta. Hak mereka sepatutnya dituntut dan diperjuangkan. Tidak salah jika mereka menuntut hak sebagai penghuni sementara di dunia ini untuk mendapatkan kebebasan. Kuasa tidak melambangkan sama ada individu mempunyai hak atau tidak. Kuasa hanya melambangkan penguasaan sesuatu bukannua penguasaan yang terpaksa menghalang seseorang untuk mendapatkan hak individu


Moh, Kenal SUHAKAM!




Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000. Akta ini mentakrif “hak asasi manusia” sebagai merujuk kepada “kebebasan asas sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan”.

Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah:

  1. Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia;
  2. Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil;
  3. Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia;
  4. Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.
Selain daripada itu, Seksyen 4(4) Akta berkenaan menegaskan bahawa hendaklah diberi perhatian berat kepada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) selagi Pengisytiharan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna, apa jua hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi ada dirujuk dalam UDHR mesti dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Fungsi menyiasat aduan berhubung dengan pelanggaran hak asasi manusia tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh Seksyen 12 Akta tersebut. Seksyen 12 memberi SUHAKAM kuasa memulakan sendiri penyiasatan terhadap tuduhan wujudnya pelanggaran hak asasi manusia, di samping bertindak berasaskan aduan yang dibuat kepadanya. Bagaimanapun, SUHAKAM tidak boleh menyiasat aduan yang menjadi perkara prosiding yang sedang menunggu keputusan mana-mana mahkamah undang-undang atau yang sudah diputuskan dengan muktamad oleh mahkamah. Penyiasatan mesti dihentikan sekiranya perkara yang sedang disiasat dibawa ke mahkamah.



Kuasa
Akta penubuhan telah memberi SUHAKAM kuasa yang membolehkannya menjalankan fungsinya dengan efektif. Di bawah Seksyen 4(2) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597, SUHAKAM diberikan kuasa:
  1. Untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk mengaku janji mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel dan untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu;
  2. Untuk menasihati Kerajaan dan / atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan terhadap pihak berkuasa dan mengesyorkan kepada Kerajaan dan / atau pihak berkuasa itu langkah-langkah sesuai yang hendaklah diambil;
  3. Untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut peruntukan Akta ini;
  4. Untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat syor yang perlu;
  5. Untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu; dan
  6. Untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu mengikut undang-undang bertulis yang berkuat kuasa, jika ada, berhubung dengan aktiviti itu



Untuk info lanjut : SUHAKAM