Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan
oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta
597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung
SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000. Akta ini mentakrif “hak asasi
manusia” sebagai merujuk kepada “kebebasan asas sebagaimana yang termaktub
dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan”.
- Untuk
memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi
manusia;
- Untuk
menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan
dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu
diambil;
- Untuk
mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau
penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam
bidang hak asasi manusia;
- Untuk
menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.
Selain daripada itu, Seksyen 4(4) Akta berkenaan menegaskan
bahawa hendaklah diberi perhatian berat kepada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia
Sejagat 1948 (UDHR) selagi Pengisytiharan itu tidak bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna, apa jua hak dan kebebasan yang tidak
disebut dalam Bahagian II tetapi ada dirujuk dalam UDHR mesti dipertimbangkan
dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kuasa
Akta penubuhan telah memberi SUHAKAM kuasa yang
membolehkannya menjalankan fungsinya dengan efektif. Di bawah Seksyen 4(2)
dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597, SUHAKAM
diberikan kuasa:
- Untuk
memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk mengaku janji
mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel
dan untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu;
- Untuk
menasihati Kerajaan dan / atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai
aduan terhadap pihak berkuasa dan mengesyorkan kepada Kerajaan dan / atau
pihak berkuasa itu langkah-langkah sesuai yang hendaklah diambil;
- Untuk
mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut
peruntukan Akta ini;
- Untuk
melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh
undang-undang yang berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat
syor yang perlu;
- Untuk
mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu; dan
- Untuk
mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu mengikut
undang-undang bertulis yang berkuat kuasa, jika ada, berhubung dengan
aktiviti itu
Untuk info lanjut : SUHAKAM


No comments:
Post a Comment