Terdapat berbualan antara seorang
pemuda dengan seorang kanak-kanak.
Pemuda : Kenapa kamu duduk di sini?
Kanak-Kanak : Bashar Al-Asaad membunuh kami. Dia merompak kita, Apakah yang kita lakukan kepadanya? Kita duduk di sini. Apakah yang kita lakukan kepadanya? Kita mengisi air di sini, Apakah yang kita lakukan kepadanya? Kita tidak berbuat apa-apa untuk dipersalahkan. Apakah yang kita lakukan kepadanya? Kita minum di sini
Pemuda : Kenapa kamu menangis?
Kanak-kanak : Kerana dia merompak
kita. Dia memusnahkan rumah kami. Kita tidak mempunyai apa-apa. Saya bersumpah
kepada Tuhan.
Pemuda : Dia memusnahkan rumah kamu?
Kanak-kanak : Kita tidak mempunyai
apa-apa. Kami di sini untuk minum air. Kami menunggu dua orang untuk tinggal
bersama mereka. Kita berjaga pada waktu malam dengan mereka.
Saya bersumpah kepada Tuhan, dia tidak memberikan kami tinggal
walaupun satu minit di rumah kami. dia Bashar Al-Assad. Allah Maha Besar dan
Allah Maha Besar.
Lirik Lagu
Agenda Jahiliah/Kita Perang Kita Menang - Bunkface
Seorang pemuda miskin hilang,
Tiada Pencarian,
Seorang anak muda kaya hilang,
Beribu pencarian,
Dulu kau berani,
Tapi kini tidak lagi,
Ku akan pergi,
Suaraku yang kau akan dengar,
Yang engkau akan dengar,
Terima balasanmu,
Suara ku yang akan kau dengar,
Yang engkau akan dengar,
Ini pesanan terakhirku,
Mereka dipilih atas nama,
Yang hanya berkuasa,
Dunia hitam menjadi rebutan,
Agenda Jahiliah,
Dulu kau berani,
Tapi kini tidak lagi,
Ku akan pergi,
Suaraku yang kau akan dengar,
Yang engkau akan dengar,
Terima balasanmu,
Suara ku yang akan kau dengar,
Yang engkau akan dengar,
Ini pesanan terakhirku,
Semakin ku tentang,
Semakin ku rasakan,
Kemahuan mu dalam diam,
Mereka cuma mahukan dunia,
Kuasa memberi segala-segalanya,
Bagi mereka,
Dunia pemberi makna,
Kini semua hilang berubah,
Apa yang tinggal hanya sengsara,
Mereka tak akan menggalah,
Namun aku tak akan mendiam,
Kita akan bangkit semula,
Menentang di masa hadapan,
Kita perang,
Kita perang,
Kita perang,
Dan kita menang,
Kita perang,
Kita perang,
Kita perang,
Dan kita menang,
Kita perang,
Dan kita menang,
Intipati
lagu.
Lagu ini
berkisarkan tentang diskriminasi yang terjadi di antara orang miskin dan orang
kaya. Dimana jika malang yang menimpa orang miskin tidak diendahkan manakala
malang yang menimpa golongan yang mempunyai nama dan pangkat segeran dibantu.
Jika dilihat dalam perbualan pada permulaan lagu, kanak-kanak tersebut mahu
mengisi air untuk minum namun dia tidak diberikan kebenaran.
Persoalan yang ditimbulkan oleh kanak-kanak iaitu “Apakah
yang kita lakukan kepadanya?: diulang sebanyak empat kali menyebabkan timbul
rasa pertanyaan apakah sebenarnya kesalah yang telah dilakukan oleh kanak-kanak
tersebut.
Kezaliman dengan pencerobohan dan kemusnahan rumah-rumah
penduduk di situ menyebabkan mereka tiada apa-apa untuk diberikan. Kanak-kanak
tersebut juga tidak dibenarkan tidur pada malam hari dan terpaksa berjaga
dengan menghalang mereka untuk tinggal dirumah mereka sendiri. Melalui lirik
lagu yang dinyanyikan oleh Bunkface dilihat dunia menjadi rebutan oleh manusia
yang mempunyai kuasa sedangkan orang yang tidak mempunyai autoriti cuma mahu
menjadikan tempat persinggahan perlindungan.
Namun, mereka yang tidak mempunyai kuasa ini bangkit
menentang kezaliman melalui suara yang dilaungkan dan didengari oleh masyarakat
dunia yang lain tentang kezaliman yang dirasai. Mereka tidak akan mengalah,
berdiam diri dan akan bangkit menentang kezaliman pada masa hadapan melalui
perang sehingga mendapatkan kemenangan.
Kezaliman ini telah mencabuli hak asasi manusia yang menuntu
hak yang sama sesama manusia. Setiap individu masih mempunyai hak yang sama
walaupun terdapat perbezaan dari segi kuasa, pangkat dan harta. Hak mereka
sepatutnya dituntut dan diperjuangkan. Tidak salah jika mereka menuntut hak
sebagai penghuni sementara di dunia ini untuk mendapatkan kebebasan. Kuasa
tidak melambangkan sama ada individu mempunyai hak atau tidak. Kuasa hanya
melambangkan penguasaan sesuatu bukannua penguasaan yang terpaksa menghalang
seseorang untuk mendapatkan hak individu
No comments:
Post a Comment