KUALA
LUMPUR 16 Dis. – Seorang pemuda Melayu yang juga merupakan pelajar tajaan
Petronas mencetuskan kontroversi apabila beberapa keping gambar perkahwinannya
dengan seorang lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web
bigayweddingproject.com.
Apa
yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung
dalam sebuah gereja di luar negara, pemuda berusia lingkungan 20-an itu memakai
baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.
Pasangannya
yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna
hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.
Lebih mengejutkan,pelajar tersebut yang benama Ariff Alfian Rosli berusia lingkungan 20-an itu juga adalah tokoh pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 2001. Menurut maklumat yang disiarkan di beberapa blog hari ini, pemuda tersebut didakwa mendapat tajaan daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).
Dia dihantar ke UK untuk membuat A Level sebelum mengikuti pengajian praklinikal di Universiti College Dublin (UCD) pada 2003.Bagaimanapun, dia dilaporkan gagal menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan. Akhbar pada Ahad melaporkan pemuda tersebut yang dilaporkan hilang oleh keluarganya disahkan berada dalam keadaan selamat oleh Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam.
menurut Ramli yang dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, pihak kedutaan maklum tentang kehadiran pemuda itu di negara tersebut sejak dia masih dalam pengajian di UCD lagi.
Bagaimanapun, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.
Apabila
dunia semakin maju dengan pelbagai macam teknologi nampaknya moral manusia
semakin merudum jatuh ke bawah. Jangan kata soal keruntuhan moral, akhlak dan
seks bebas di kalangan lelaki dan perempuan malah seks songsang semakin
berleluasa. Walaupun isu Ariff Alfian Rosli dah lama diberitakan di dada-dada
akhbar, isu paderi Ou Yan Weng Feng yang berkahwin sejenis di Amerika dan mahu
menjalankan resepsi di Malaysia sudah lama basi di laman web, blog dan
lain-lain media, namun aku merasa begitu terpanggil untuk menulis hal ini. Hal
perkahwinan sejenis. Hal Gay. Hal LGBT.
Gay?
Apabenda gay tu?
Kecik-kecik
dulu, bila bebudak sekolah aku yang sama gender (baca; jantina) berpegang
tangan beriringan ke toilet atau ke kantin kami semua dok pakat panggil gay!
Padahal dalam kepala otak budak yang baru darjah 5 masa tu tak tau apabenda pun
gay tu dan gay bukan setakat itu (baca; berpegang tangan) ia lebih dari itu.
Kadang-kadang kecanggihan teknologi tidak mengiringi moral manusia di mana
apabila manusia semakin maju, berdaya saing, materialistik, hidup tidak
bercampur orang, individualistik dan lain-lain “tik” ianya bakal menjadikan
manusia bertindak menggunakan akal fikiran logik sahaja tanpa berpandukan
lain-lain medium (baca; agama, budaya dan adat) dan aku jamin medium-medium ini
menentang seks songsang dan hubungan sejenis 500%!
Isu seks
songsang yang begitu jarang didengar pada tahun-tahun 70an-90an kini semakin
popular apabila ada sahaja “Front” atau penggerak yang menunjangi perjuangan
seks songsang ini dan mempopularkan perkahwinan sejenis pula! Secara dasarnya
perkahwianan sejenis ini boleh diertikatakan sebagai perkahwinan dengan
pasangan yang mempunyai biologi seks atau sosial gender yang sama. Jadi, apa
rasionalnya berkahwin sejenis antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan
perempuan?\
Perkahwinan
seks sejenis yang dipopularkan pada tahun 2001 (baca; zaman 2000 ke atas adalah
zaman millenium, di mana zaman ini kecanggihan teknologi semakin mantap apabila
inovasi dan lain-lain pembangunan giat dijalankan…malahan pada zaman ini banyak
kajian nanoteknologi dan bioteknologi mula diperkenalkan) di beberapa negara
sebagai contohnya Argentina, Belgium, Kanada, Iceland, Netherland, Norway,
Portugal, Spain, Afrika Selatan dan Sweeden. Beberapa negeri di Amerika dan
Mexico City turut mengiktiraf perkahwinan sejenis tetapi peruntukan
undang-undang ini hanya tertakluk di negeri masing-masing sahaja tidak secara
total negara tersebut. Ada juga negara yang tidak mengiktiraf perkahwinan
sejenis di negaranya akan tetapi mengiktiraf perkahwinan tersebut jika ianya
dilakukan di tempat/negara lain sebagai contohnya Israel, Negara Kepulauan
Carribean, beberapa negeri di Amerika dan kesemua negeri di Mexico. Australia
pula hanya mengiktiraf perkahwinan sejenis ini hanya apabila salah satu
pasangan yang berkahwin menukar jantina.
Malaysia
tidak terkecuali dengan hal ini dan sudahpun ada golongan LGBT (baca; Lesbian,
Gay, Bisexual dan Transgender) yang berani bersuara untuk menegakkan “hak”
mereka. Juga aku agak terkejut apabila Presiden Majlis Aids Malaysia, Tan Sri
Muhamad Zaman Khan menyatakan bahawa ramai golongan muda lelaki melayu terjebak
dengan seks songsang beberapa hari yang lalu! Kes-kes sebegini semamangnya
menggusarkan rakyat Malaysia yang masih lagi berpegang utuh dengan agama dan
adat resam ketimuran yang kuat. Juga jika dahulu pengamal seks songsang ini
akan melakukan aktiviti mereka secara sorok-sorok, kini tidak lagi dan ada
daripada mreka tidak segan silu mahu menunjukkan pasangan gay mereka kepada
umum! Malah kelab-kelab gay di alam maya semakin banyak tumbuh dan berkembang
biak manakala kelab-kelab gay yang sebenar semakin berlambak di luar sana! Kes
berat ini umpama barah/kanser di peringkat awal dan jika ianya tidak dibendung
barah tersebut akan semakin melarat dan boleh mengakibatkan nasib yang buruk di
kemudian hari! Sudah lupakah dengan kisah kaum Lut satu ketika dahulu,
bagaimana pula dengan kisah runtuhnya kota Pompei di Rom? Sudah alpakah kita
semua?
Dari
pengamatan aku, LGBT di Malaysia sedang berada di dalam gelombang kebangkitan.
Dengan pelbagai hujah seperti kerana kasih sayang, keadilan, toleransi, hak
asasi manusia yang ditafsir secara melencong, golongan ini boleh mempengaruhi
ramai di kalangan umat Islam yang boleh bersimpati, bahkan terjebak ke dalam
gejala negatif ini serta bangga dengan perlakuan mereka. Manakan tidak, dengan
promosi Seksualiti Merdeka sedikit masa dahulu, resepsi perkahwinan sejenis
seorang paderi di tanah air setelah melangsungkan perkahwinan di New York,
Amerika serta yang terbaru Ariff Alfian yang berkahwin sejenis dengan seorang
lelaki di Dublin, Ireland. Ini semua menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia
sedang diancam dengan sejenis penyakit yang wabaknya amat sukar dibendung!




No comments:
Post a Comment